Thursday, December 30, 2010

TahUN BaRu!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM......

lagi beberapa jam dah nak masuk tahun 2011.... mesti semua orang suke sebab cuti :)




tujuan nak tulis post ni bukan sebab saya celebrate tarikh nie... just nak luahkan rasa hati je.. :'(
kalau sahabat perasan...sambutan tahun baru nie dah jadi cm 1 budaya @ 1 perayaan yang besar kat negara malaysia khasnya... dan ada di sesetengah tempat @ lokasi sambutan disambut dengan cara yang tidak sepatutnya.... mengundang murka ALLAH S.W.T....

Ada pesta tari menari, nyanyian dari artia yang mengenakan pakaian yang menjolok mata, remaja yang bergaul bebas... bahkan ada tempat yang menghidangkan minuman keras dan wanita sebagai santapan mereka semasa maraikan tahun baru.. nie kah cara menyambut tahun baru??? Paling menyedihkan.. Berlaku nya sumbang mahram selepas majlis tamat.. Lahir lah ramai anak luar nikah.. Seperti yang sering di war-warkan di dalam media massa.. NAUZUBILLAH...

Masing-masing menanti detik 12 malam... mengira detik 12 malam bersama dan bersorak beramai-ramai... macam tu ke sambut tahun baru??? Tanpa kita sedar sebenarnya budaya ini aktif dipropagandakan di negara-negara islam oleh ideologi barat.. bahasa paling mudah, musuh ISLAM yang sentiasa ingin menyesatkan kita dari landasan yang sebenar..

Kita juga dah diperingatkan melalui firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." Al-Baqarah: 120.


IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI @ MASUK TELINGA KIRI KELUAR TELINGA KANAN... Kita sering leka dan terlupa dengan ayat ini... Ada dijelaskan lagi dalam hadith :

Daripada Anas bin Malik R.A, dia berkata: Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) pada masa jahiliah, maka Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." Riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Sunannya no: 959.

Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak R.A bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: "Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah." Lalu Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah?" Mereka menjawab: "Tidak." Baginda bertanya lagi: "Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka?" Mereka menjawab: "Tidak." Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia." Riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313.

Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah S.A.W agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah...

Saya harap dengan dalil-dalil nie sahabat lagi jelas tentang sambutan tahun baru yang implikasinya yang lebih berat di sisi syarak... Kita sebagai umat ISLAM dilarang keras meniru sebarang perbuatan atau perayaan yang bertentangan dengan syarak... Dan golongan nie juga akan tergolong dengan kaum yang memusuhi ALLAH di akhirat kelak..

"Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512....


Bila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah s.W.T melalui firman-Nya:
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka." Al-Mujaadalah: 22.


Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir, ayat 75.

Dari semua yang sudah dijelaskan... Maka jelaslah salah bagi seorang MUSLIM menganjurkan, menghadiri mana-mana perayaan-perayaan besar yang tidak ada dalam landasan ISLAM seperti perayaan tahun baru seperti yang dinyatakan dalam surah AL-MAIDAH AYAT 2...

Tapi tak salah pun kalau kita nak muhasabah diri masa menjelang tahun baru.. nak menilai diri kita, nak merancang masa depan dan memperbaiki segala kelemahan diri yang ada dengan azam baru yang tertanam dalam diri... Supaya dapat merealitikan azam baru tu.. Bukan sejkadar angan-angan sahaja...

Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab R.A. dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.

Sebagai umat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

1. Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah "Al-‘Adat Muhakkamah."

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : "Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat."

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

2. Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

3. Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

4. Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

No comments:

Post a Comment