Sunday, January 30, 2011

VALENTINE'S DAY????



GADIS A : Ape nak beli ea untuk BF sye untuk hari kekasih nie ea..
GADIS B : Asal tnye sye?? sye x sambut la bende tu wak..
GADIS A : Rugi la wak..
GADIS C : Ye2..sgt rugi...
GADIS B : SYe xperlu hari2 tertentu untuk syg org ^_^.. tiap hari sye syg semua org..lg pun xkan kamu tak tahu kite ditegah dan dilarang keras menyambut perayaan tu..

..budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...


14 FEBRUARY
tarikh nie boley dikatakan tarikh antara yg diingat oleh kebanyakan pasangan kekasih diluar sne..tarikh nie dikatakan sebagai TARIKH MEMPERINGATI KEKASIH.. kelakar kan bunyi nye..ade satu hari je hari untuk mengingati org yg kite syg.. pade hari nie jugak pasangan kekasih akan bertemu.. dengan pakaian yang cantik dan menarik sebagai tatapan sang kekasih.. warna merah digune kan.. kononnye melambangkan mekar dan setia nya cinta mereka.. sambil menukar hadiah.. hanya pada hari kekasih.. ahaha.. sgt kesian pde yg menyambut!! paling menyedihkan.. pasangan-pasangan akan keluar bersama.. dan terjadilah berbagai-bagai perkara yg mengundang murka ALLAH..

IBARAT MENUANG AIR KE DAUN KELADI
tulah perangai kite.. tiap tahun para ulama telah memberi peringatan.. namaun masih ade jugak insan yang memandang enteng perkara besar nie.. so.. sye nak story sikit pde semua sejarah HARI VALENTINE ini yg ade juge berkaitan dengan AGAMA ROM dan juga KRISTIAN..

:: SEJARAH HARI VALENTINE ::
Terdapat 4pendapat yg mengatakan mengenai HARI VALENTINE nie..

PENDAPAT PERTAMA
ia berkaitan dengan PESTA KAUM ROM KUNA sebelum kedatangan AGAMA KRISTIAN yg dinamakan LUPERCALIA.. LUPERCALIA adalah HARI PENYUCIAN DIRI yg berlangsung pade 13 - 18 FEBRUARY.. dua hari pertama mereka MENYEMBAH DEWI CINTA kaum ROM KUNO yang bernama JUNO FEBRUATA.. pade hari nie PEMUDA ROM akan memilih nama gadis-gadis yg menjadi pilihan mereka didalam kotak.. setiap pemuda tersebuta akan mengambil nama gadis-gadis tersebut secara rawak... nama gadis yg tertera dalam kertas tersebut akan dijadikan OBJEK HIBURAN SEKSNYA selama setahun.. pada 15 FEBRUARY pulak.. mereka memohon PERLINDUNAGN DEWI LUPERCALIA dari gangguan serigala.. pada hari ni jugak mereka menyembelih seekor anjing dan kambing.. kemudian mereka akan memilih 2 ORANG PEMUDA ROM yg GAGAH untuk MENYAPUKAN DARAH BINATANG TERSEBUT PADA TUBUH mereka dan DICUCI DENGAN SUSU... kemudian di adakan PERARAKAN BESAR-BESARAN yg diketuai oleh dua orang pemuda tersebut.. lalu merela berdua akan memukul org ramai yg ada di laluan merka dengan kulit HAIWAN tersebut.. para wanita yg paling berebut-rebut untuk menerima pukulan itu.. kononnnya boleh menambahkan kesuburan mereka..

PENDAPAT KEDUA
ia dikaitklan dengan KEMATIAN PADERI ST. VALENTINE pade PEMERINTAHAN RAJA ROM yg bernama CLADIUS II.. kisah ini terdapat 2 VERSI

VERSI PERTAMA :
pada mase PEMERINTAHAN CLADIUS II,.. KERAJAAN ROM yg MENYEMBAH DEWA-DEWI yg amat menusuhi penganut KRISTIAN dan PARA MUBALIGH KRISTIAN telah dipenjarakan dan disiksa.. ST. VALENTINES yg AKTIF dan TEGAR mnebarkan aAGAMA KRISRTIAN pade waktu itu turut DIPENJARAKAN oleh CLADIUS II... walaupun diopenjarakan, ST CLADIUS dikhabarkan ttp mengajar AGAMA KRISTIAN pada banduan dan membantuan banduan meloloskan diri dari penjara.. hal ini telah diketahui oleh CLADIUS II dan ST VALENTINE telah dibunuh pada 14 FEBRUARY.. bagi penganut AGAMA KRISTIAN ini merupakan PENGORBANAN TERBESAR ST VALENTINE demi kecintaan beliau terhadap agamanya.. ST VALENTINE juga turut disamakan dengan JESUS yg mati kerana MENEBUS DOSA yg dilakukan oleh kaumnya.. dikatakan juga ST VALENTINE telah JATUH HATI pada anak pegawai penjara disana dan sempat menulis sepucuk surat sebelum hari kematiannya.. dengan bertandatangan 'FROM YOUR VALENTINES' (DARI VALENTINE MU).. oleh sebab itu ORANG-ORANG KRISTIAN telah mengambil tarikh itu sebagai tarikh MEMPERINGATI KEMATIAN ST VALENTINE..

VERSI KEDUA :
CLADIUS II beranggapan pemuda yg masih bujang adalah yg PALING GAGAH dan KUAT di medan perang.. CLADUIS II telah melarang pemuda-pemuda dari berkahwin.. ST VALENTINE menentang CLADIUS dan menjalankan UPACARA PERKAHWINAN secara sulit terhadap para pemuda Rom... perbuatan ST VALENTINE telah diketahui oleh CLADIUS II dan mengarahkan HUKUMAN GANTUNG kepada ST VALENTINE yg jatuh pada traikh 14 FEBRUARY 269M..

PENDAPAT KETIGA
ia dirayakan sempena KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM di SEPANYOL.. ST VALENTINE merupakan individu yg memainkan peranan penting MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM disana.. disebabkan sumbangan beliau itu, ST VALENTINE telah dianggap sebagai KEKASIH RAKYAT.. 14 FEBRUARU 1942 adalah tarikh KEJATUHAN ISLAM di SEPANYOL dan di anggap sebagai HARI BERKASIH SAYANG krana ISLAM dianngap AGAMA ZALIM.. !!!

PENDAPAT KEEMPAT
bersempana dengan musim MENGAWAN BURUNG yang jatuh pada 14 FEBRUARY.. dan ni adalah pendapat tradisi inggeris..

DARI SINI KITE DAPAT LIHAT.. PERAYAAN VALENTINE LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN UMAT ISLAM.. JADI KENAPA NAK SAMBUT JUGAK???

:: HUKUM MENYAMBUT VALENTINE ::
telah termaktub didalam AL-QURAN dan AS-SUNNAH dan disepakati oleh GENERASI AWL UMAT ISLAM perayaan terbesar umat islam hanyalah HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA...

Firman ALLAH S.W.T bermaksud :

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67



Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.


jom la kite same-same membataskan diri dgn menyambut perayaan yang telah dikhususkan buat kite.. setelah berakhir zaman SALAFUSSOLEH (3 KURUN TERABAIK UMAT ISLAM), pelbagai perayaan telah ditambah pada kalendar UMAT ISLAM... MAWLID RASUL, ISRA' MIKRAJ, NUZUL QURAN, dan lain-lain lagi.. jadi perlukah kite menyambut perayaan lain seperti Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine???

ade laarangan BAGINDA RASULULLAH S.A.W bagi mereka yang meniru perbuatan orang yang bukan islam :

Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.


lagi pulak perayaan VALENTINE ini berkaitan dengan AGAMA ROM dan KRISTIAN ..
Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata:
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”


Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32


Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.
Firman-Nya Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40


Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengHARAMkan sambutan Hari Valentine.

No comments:

Post a Comment