Saturday, January 22, 2011

wanita mukmin melawan kezaliman...Dari kisah Asiyah r.a




ASSALAMUALAIKUM....

Seperti yang sedia maklum.. sejak kedatangan islam.. martabat wanita telah diangkat..ini dapat diperhatikan dalam nas-nas al-Quran dan sunnah Nabi.. Sesungguhnya ALLAH memberi pujian yg besar buat wanita-wanita solehah menerusi firmanNYA yg bermaksud :

aku telah mencipatakan satu contoh bagi orang-orang yang beriman,iaitu perempuan (isteri) Firaun ketika ia berdoa, 'Oh Tuhanku, buatkanlah aku sebuah rumah berdekatan denganMU di Syurga dan selamatkanlah Aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari orang-orang yg berbuat zalim..
(surah at-Tahrim :11)

Wahai saudara sefitrah ku..
alangkah baiknye jika kita berfikir knp dan apa hikmahnya ALLAH menjadikan Asiyah r.a sebagai 'role-model' bagi orang0orang mukmin,muslimin dan muslimat!!

Pernah tak kite terfikir knp ALLAH menjadikan seorang wanita ini menjadi 'role-model' dan teladan bagi mereka yang ingin mendapat hidayah dan melaksanakn suruhan ALLAH dan perintah RasulNYA??

Sahabat ku,

tidakkah kita terasa alangkah bijak dan sucinya wanita ini.. Ia memohon supaya sentiasa dekat dengan Tuhannya.. Lebih suka dekat dengan ALLAH berbanding sebuah istana..dan ia enggan taat kepada seorang pendusta dan kafir, Firaun, serta menolak untuk hidup di istananya dengan segala hamba sahaya dan berbgai bentuk kemawahan yang dicurahkan kepadanya..
wanita ini memohon sebuah rumah yang lebih abadi,lebih indah, di samping Tuhan seluruh alam, di syurga... wanita ini merupakan seorang wanita yang agung, yg dengan kemahuan hati dan keyakinannya mampu menghantarkan dia untuk meninggalkan suami yang ingkar terhadap perintah Tuhan..
kerana keimanannya kepada ALLAH, ia diseksa.. hidupnya berakhir dengan kepulangannya menghadap Ilahi.. allah menjadikan wanita ini sebagai 'role-model' bagi setiap mukmin dan mukminah hingga ke hari kiamat.. namanya ada terukir di kitab suci.. menceritakan amal perbuatannya..suami yang ingkar, si Firaun pula dicela oleh ALLAH kerana hidupnya yang menyimpang dari landasan yang sebenar..

"sesengguhnya selepas kesudahan itu akan ada kemudahan"

No comments:

Post a Comment