Thursday, November 3, 2011

~korBAn qASEh ~

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. ahad nie 06.11.2011 bersamaan 10 ZULHIJJAH 1433 INSYAALLAH seluruh umat islam menyambut HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA KORBAN.. tak suke sebut raya haji..seolah-olah orang yang g haji je boley sambut.. padahal, dalam islam,ni lah perayaan terbesar selain raye puasa.. bagi qaseh raye korban nie special sangat.. sebab waktu takbir nye lame.. sampai sebelum hari tasyrik... syahdu kan bile dengar takbir.. raye korban nie sempena memperingati pengorbanan NABI IBRAHIM dalam menunaikan perintah ALLAH S.W.T dan kesabaran puteranya NABI ISMAIL dalam menunaikan perintah ALLAH...


KORBAN?? bukan just pde bilangan lembu @ kambing @ kerbau @ ape je al- an'am yg berjaya dilapah.. tapi merangkumi semua.. teringat kisah siti hajar belari-lari mencari air dari safa ke marwah untuk puteranya, kisah bagaimana RASULULLAH S.A.W sendiri yang sanggup berkorban apa saja demi menyebarkan islam.. kite macam tu ke?? TEPUK DADA TANYA IMAN...

BUKAN NIAT MAHU BERBANGGA ATAU MENGUNGKIT...

Satu pengorbanan terbesar yang pernah qaseh buat dalam hidup ialah mengorbankan CITA-CITA untuk 'terbang' lebih tinggi dengan kejayaan.. tak perlu dijelaskan secara terang.. cukuplah secara soreh.. bagaimana sebak hati mase tuh.. antara CITA - CITA DAN HARAPAN dengan HARAPAN SI AYAH YANG MEMBESARKAN.. kalau terjadi di tempat kalian?? mana satu yang kalian pilih?? SUSAH KAN??

JIKA CITA- CITA DAN HARAPAN yang qaseh pilih.. mampukah qaseh berjaya dengan hati yang tenang sedangkan si ayah yang terkilan dengan keputusan si anak yang langsung tidak memahami situsi nya..

JIKA HARAPAN SI AYAH yang qaseh pilih.. bagaimana dengan cita - cita qaseh yang qaseh tanam sejak kecil.. sedang qaseh sudah mule mendaki tangga - tangga kejayaan..

ALLAHHUAKHBAR..

qaseh sayang kan abah.. qaseh juga mahu 'terbang' tinggi..

dengan keyakinan hati yang kuat.. qaseh pilih ABAH dari CITA- CITA qaseh.. dengan harapan abah gembira dan qaseh dapat jadi anak yg solehah dan berbakti pada orang tuanya..

ALHAMDULILLAH.. sekarang qaseh 'terbang' tinggi walaupun qaseh tak macam mereka.. tapi qaseh bersyukur..

ANDAI QASEH MEMILIH CITA - CITA.. mampukah qaseh berjaya sedang abah tidak ikhlas meredhakan qaseh pergi disaat abah memerlukan qaseh?? bukan ke keredhaan orang tua juga penting untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.. QASEH NAK JADI ANAK SOLEHAH..
qaseh tak kisah andai orang kata qaseh level rendah.. asal abah qaseh happy and tenang..

" CITA - CITA DAN HARAPAN QASEH.. QASEH LETAKKAN PADA ADIK-ADIK QASEH.. 'TERBANG' LAH SETINGGI MUNGKIN.. JANGAN LUPA PADA ABAH ADIK-ADIK...
KAK YONG TAK MINTAK KORANG JUNJUNG KAK YONG.. JUST TOLONG HARGAI PENGORBANAN KAK YONG.. APE PUN.. KAK YONG YAKIN KORANG MAMPU.. HIRAUKAN SUARA -SUARA SUMBANG YANG MELEMAHKAN SEMANGAT KORANG.. INGATLAH HARAPAN ABAH DAN ARWAH IBU PADA KITA TIGA BERADIK.."




No comments:

Post a Comment