Friday, December 9, 2011

:: gerHANa bulAN ::

ASSALAMUALAIKUM.. ^_^v

hurmm.. dari semalam lagi qaseh da dengar fasal nie.. first dengar dalam radio perak..segmen sessi soal jawab bersama mufti perak.. memang that time wakil mufti keluarkan satu tajuk untuk di soal jawab.. bagus jugak.. qaseh pun kadang tak tahu sangat fasal benda nie..

kawan-kawan tahu tak macam mana gerhana bulan terjadi??

confirm la kawan-kawan tahu.. kan kawan-kawan qaseh nie bijak-bijak sokmo..
as a knowledge bagi yang terlupa atau tak tahu.. gerhana bulan nie wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.. kejadian nie cume boleh berlaku masa bulan purnama, matahari,bulan dan bumi terjajar dalam satu barisan yang sama.. jenis dan panjang gerhana bulan pulak bergantung kepade kedudukan bulan yang relatif kepade nod orbitnye.. (oppsss.. da macam learning science lak.. haha.. )



nie salah satu gambar gerhana bulan ..




nie pulak contoh bagi kedudkan bulan,matahari dan bumi pada kedudukan sejajar..



AMALAN KETIKA GERHANA
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
( Riwayat al-Bukhari )

hah.. bagi yang tak tahu.. ada amalan sunat yang boleh kita amalkan mase fonomena nie berlaku tahu.. amalan sunat yang qaseh maksudkan ialah SOLAT SUNAT GERHANA BULAN(kusuf)..

MACAM MANA NAK SOLAT GERHANA BULAN??

ha..cam nie kawan-kawan :

NIAT :
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى

"Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah ta'ala"

- Niat itu hendaklah di dalam hati..
- Sekurang kurang solat sunat gerhana seperti solat sunat zuhur..
- Sekurang KURANG SEMPURNA hendaklah disembahyangkan DUA RAKA'AT dengan DUA KALI RUKU' dan DUA KALI BERDIRI pada tiap-tiap raka'at dan tidak dipanjangkan bacaan padanya..
- Yang PALING SEMPURNA disembahyangkan DUA RAKA'AT dengan DUA KALI RUKU' dan DUA KALI BERDIRI pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap raka'at..

(yg nie a simple way)
Rakaat pertama

1.
Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud


Rakaat kedua
1. Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I’tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir
9. Salam

mesti ade yang tertanye kenapa ade dua kali bacaan al-fatihah.. sebab solat gerhana bulan nie len sikit.. hurm.. sebab pe qaseh tak berapa ingat mase dalam ceramah tu.. tapi qaseh pasti nanti kalau kawan-kawan pergi join jemaah kat masjid @ surau @ pusat islam IPT masing-masing mesti ade seseorang yang akan conduct and terangkan sepenuhnya pade kawan-kawan.. da tahu kan.. so..kalau lapang.. jom la kite buat.. tak ade mase nak buat jemaah??
ala.. solo pun boley.. mase dye..lepas isya' sampai pukul 1.00 pagi.. senang aje kawan-kawan.. facebook kite boley hadap satu hari.. tak kan solat sunat yang xsampai 10minit nie pun kite xde kelapangan kan.. sambil merenung keindahan ciptaan ALLAH.. jom la sesame kite 'topup' amalan kite..moge jadi hamba yang sentiase bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH :)
qaseh pun baru tahu macam mane nak solat sunat gerhana dengan betul nie.. insyaallah qaseh akan buat.. KITE SENDRI KENA CARIK KELAPANGAN.. BUKAN KELAPANGAN YANG MENCARIK KITE TAHU..

ok la.. tu aje qaseh nak cite.. :)
excited for waiting 11 DECEMBER nie.. why?? tomorrow insyaallah qaseh post ;)

ASSALAMUALAIKUM ^_^v

2 comments: