Thursday, January 5, 2012

:: kITA Ke 'IKhwaN' iTU?? ::



"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


ASSALAMUALAIKUM :)

lepas baca semua nie.. apa yang terlintas di minda??
qaseh yakin..soalan yang sama akan terlintas di minda kita semua ialah : AKU KE IKHWAN YG DIRINDUI RASULULLAH TU??

tepuk dada tanya iman..



"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


cepat..kejarlah selagi punya waktu untuk menjadi ikhwan yg dirindui.. al-quran bukan sekadar rutin harian untuk dibaca.. malah diamalkan dan beriman dengan segala isinya..

kita tak kenal bagaimana wajah rasulullah..begitu juga dengan junjungan kekasih hati kita.. namun.. sama-sama memendam rindu.. ingin bertemu.. kita nak lepaskan peluang??
moga kita lah antara ikhwan yg dirindui itu :)






xde pe sgt nak cakap..sebab nak suruh korang fikir sendiri.. udah besar an... hhuhu.. selamat bermunasabah kan diri ye kawan-kawan ^_^


ASSALAMAUALAIKUM.. :)

No comments:

Post a Comment