Wednesday, March 7, 2012

:: berpada-padalah ye ::

ASSALAMUALAIKUM...

lama da jari qaseh tak menari-menari riang di atas keyboard ni.. Tuntutan kerja yang tak pernah putus amat membataskan waktu.. ^_^ .. sedang asyik membaca artikle ILUVISLAM.COM , meliar-liar mencari topik yang ingin dibaca dahulu.. ya.. semua harus dibaca.. tapi harus pilih tajuk yang tidak terlalu berat.. 'warming up' dahulu :).. setelah hampir separuh article dibaca.. Ada satu artikal yang menarik pangkal rasa untuk di fikirkan lebih panjang walau tidak seberat mana isi penulisan itu.. ya.. sangat menarik... MUSLIMAT COMOT, MUSLIMIN SELEKEH .. Ini lah tajuk yang menarik bebola mata untuk mengulangi pembacaan qaseh.. muslimah itu comot dan musliminnya pula selekeh?? kamu marah qaseh.. nanti.. baca dulu artikel tu ye :)


teringat satu kisah


pernah qaseh terdengar bisik-bisik manusia berbicara..

gadis A : aaaiisshhh.. memang orang pakai cam tu memang tak reti jaga kebersihan ke.. busuk nye.. pening aku..
gadis B : ntah.. baju nye.. macam tak pernah iron kot.. nama aje pempuan.. pemalas, pengotor..bla..bla..bla...

qaseh tahu mereka tidak tahu yang qaseh ini salah seorang dari mereka.. kerana qaseh sampai awal berbanding mereka.. dan hanya menyarungkan tudung bawal biasa di dalam asrama.. qaseh hanya terdiam.. "tak pe.. diorang tak tahu..".. hanya itu yang mampu qaseh bicarakan dalam hati kecil.. sedih.. tapi qaseh rasa, mungkin qaseh boleh betulkan 'mind-set' mereka dengan kehidupan dan cara qaseh.. :)

diwaktu sedang membersihkan diri.. qaseh hanya meneruskan rutin yang selalu qaseh lakukan dirumah.. mereka pandang sambil tersenyum.. sehingga siap sempurna.. mereka lihat qaseh.. dengan wajah penuh kejutan.. mungkin malu sendiri atau tidak percaya.. qaseh hanya melempar senyuman..
alhamdulillah.. berjaya menukar 'mind-set' mereka..


kisah kedua pula 


saat bersiap-siap ada yang menegur..

DIA(bukan nama sebenar) : alamak.. tak payah bedak-bedak.. nanti jadi tarikan..
SAYA : awak.. mana ade tertarik la.. simple aje. just pakai bedak.. tak de la nampak muka macam baru lepas sapu minyak kan.. :) **sambil mencalit sedikit wangian**
DIA : la.. ber'perfume' bagai pulak..
SAYA : awk.. pakai sekadar elak bau badan tak pe.. nanti aib diri sendiri pulak sebab bau badan kan.. :)
DIA : tak zuhud la awk nie.
SAYA : xpe... awk dan saya punya cara yang berbeza...


**********************************************************

dari dua kisah nie.. mungkin boleh meneka... mungkin jugak masih samar...
ZUHUD.. ya... selami maknanya ya..


Zuhud adalah satu daripada sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah SWT. Perkataan "zuhud' adalah daripada perkataan Arab. Ia berasal daripada kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.

Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian juga penggunaannya di dalam hadis-hadis dengan ungkapan yang berbeza tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza. 

Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di atas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah SWT sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tetapi mengelakkan diri daripada kegemaran itu dan meninggalkannya.



**************************************************************************


HARUS DIBEZAKAN ZUHUD DAN SLEKEH dalam bab ini.. bagaimana yang dikatakan zuhud.. dan bagaimana pula dikatakan selekeh...

apakah itu zuhud sampai kebrsihan dan kekemasan diri langsung tiada??
apakah itu zuhud sampai orang disekeliling tak selesa dengan kehadiran kita??
**fikir jom**

islam itu amat menitik beratkan kebersihan.. semua tahu kan ALLAH SUKA KEBERSIHAN DAN KECANTIKAN.. yeah.. semua akui.. contoh paling sempurna.. lihatlah RASULULLAH sendiri.. amat kemas dan bersih.. 'from head to toe'....


TIDAK.. bukan qaseh suruh ubah penampilan yang sopan begini.. bukan juga perlu 'make-up' muka tebal-tebal.. cukup sekadarnya yang kelihatan bersih dan kemas... qaseh punya rakan.. dalam kalangan hafiz hafizah... dari penampilan hafiz..kemas..kadang tak terfikir yang mereka adalah seorang hafiz.. bak kata orang sekarang.. handsome lagi macho.. hafizah nya pula tetap comel dan cantik dalam kesederhanaan dan menutu aurat.. tak perlu untuk bergaya vogue dan stylish... mudah kan.. cantik dan macho itu bukan untuk menarik XY tau XX... tapi untuk terlihat kemas.. kita bawa imej islam.. alhamdulillah..bagus... tapi jangan smpai kita burukkan imej islam dengan kebersihan dan kekemasan yang kita biarkan.. :)


kan kemas begini.. :)

maintain bawa imej islam..tapi still kemas right :)




:)
sekadar hiasan :)




2 comments:

  1. trukla owg yang ckap mcm tue kat qaseh...kalw farah dah smpai penumbuk kat muka..hahahaha...qaseh soraang yg sabar..alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la sabar mne..huhu..tapi nak btl kan balik ape yg patut kan :)

      Delete