Monday, March 12, 2012

jAGa + perHATi = SELamaT

ASSALAMUALAIKUM....
comelkan adik nie... jagalah mereka dri bahaya ye :)


jaga?? perhati?? selamat??

nie bukan formula kimia,biologi atau apa-apa..

masih ingat kehilangan adik NURIN JAZLIN JAZIMIN??
anak kecil yang hilang sekitar tahun 2009 kalau tak silap qaseh.. hilang selepas keluar berjalan kaki ke pasar malam.. masih kecil dan sakit.. deritanya anak kecil nie.. di culik dan dibunuh kejam.. mayat dijumpai dalam beg pakaian.. allah... kalau berlaku dalam keluarga kita.. mesti sayu rasanya kan.. kes allahyarham adik nurin jazlin nie dikatakan bersangkut paut dengan 'lelaki kucing'... siapa dia?? qaseh pun tak kenal.. kalau qaseh kenal dan dapat tangkap.. qaseh kerat-kerat aje dia.. budak kecil yang comel dan sakit macam nie pun dia nak culik.. motif nye?? hanya dia dan allah yang tahu...

kisah kedua.. ingat lagi kisah adik SHARLINIE MOHD NASYAR??
adik nie hilang masa tengah bermain di padang taman permainan yang berhampiran dengan kawasan rumah.. huh.... berani sungguh penyangak dan sampah masayrakat nie kan.. itulah yang berlaku andai bertuhankan syaitan dan berkiblatkan nafsu.. kanak-kanak pun jadi untuk dijadikan mangsa rogol,bunuh dan ntah apa lagi... nauzubillah.. harap jauh dari keluarga kita..
tapi yang qaseh tak tahu apa kesudahan misteri kehilngan adik nie.. yang qaseh tahu, kes nie pun ade kaitan dengan 'lelaki kucing'.. binatang pun tak cederakan sesama binatang la =_=''...  
sebelum adik sharlinie nie hilang, ada satu kejadian yang berlaku.. tapi alhamdulillah.. adik NUR FATIHA ZAIDI dijumpai selamat selepas tiga jam hilang.. apa yang qaseh fikir dan rasa.. mungkin penculik yang sama.. apa-apa pun.. hanya allah yang lebih tahu..

TERABRU!!!!
 kes ADIK NURUL NADIRAH ABDULLAH..
adik nie dikhabarkan hilang selepas ibunya menyuruh dia membeli mee segera di kedai berhampiran pada 1 MARCH 2012... adik nie baru berusia 5tahun.. bila difikir kembali agak tak wajar andai sorang ibu bapa menyuruh anak sekecil ini untuk ke kedai sendirian.. tapi sekarang ini bukan perkara yang harus kita cari.. bukan siapa yang harus dipersalahkan.. tapi siapa pelakunya.. adik nie ditemui mati rentung dibakar di ladang kelapa sawit khamis lepas.. DNA mendapati ia benar-benar adik nadirah... allah.. kejam sungguh pelakunya.. apa salah dan dosa anak sekecil ini untuk kamu sakitkan.. bayangkan itu adalah anakmu.. adikmu... apa rasa hatimu.... **sebak**


apa pun kita yang lebih dewasa perlu memainkan peranan untuk menjaga keselamatan anak @ adik-adik kita.. tak kira lah perempuan atau lelaki... jangan biarkan ahli keluarga kita menjadi mangsa kerakusan syaitan bertopeng manusia.. dibunuh kejam.. sabarlah sayang.. di dunia mungkin kamu derita.. akhirat syurga tempatmu sayang.. beruntunglah kamu... hidup bahagia disana... 

qaseh didik adik qaseh 7 benda nie :-
adik-adik... amalkan ini JANGAN
1. terlalu percayakan orang yang baru dikenali ye...
2. terima apa-apa dari orang yang tidak dikenali.. (gula-gula..ice cream..anak patung)
3. jangan ikut orang yang tidak dikenali...
4. jangan jalan bersendirian...


adik-adik... belajar BERANI
1. katakan tidak..
2. menjerit bila orang yang tidak dikenali datang menghampiri..
3. melarikan diri ketempat yang selamat

**jangan biarkan kanak-kanak jalan bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa**





2 comments:

  1. kejamnya kan "lelaki kucing" tu .. padahal budak2 nie tak bersalah pun .. budak lagi .. Ya Allah .. ape nak jadi lah lelaki kucing tu ...
    singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. dye xrse kesian ke tgk wajah comel tu?? kejam + xde aty perut.. campak dalam kandang buaya pun belum tentu buaya nak makan sbnb jahat sgt..hihi.. ^_^

      Delete