Sunday, January 20, 2013

SAHABAT HiNGGA KE SYURGA... ❤●•٠·˙



Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yg aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana ALLAH SWT..
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yg aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini,
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku mempunyai banyak kelemahan yg terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku,
Wahai sahabat yg dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku sentiasa b'harap untuk menjadi sahabat yg setia di sisi.. dalam payah & senangmu
Kerana,
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI... ♥

Sahabat yg s0leh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yg s0leh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yg siang
Malam berjuang untuk ker0sakan

Sahabat yg s0leh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan s0al pilihan
Kejayaan yg dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa.. ^^

Sahabat yg s0leh
Ialah yg menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yg s0leh sangat menyayangi sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yg dicintainya terus tersasar & tersasar...
Dari cinta & Redha Ilahi

Sahabat yg s0leh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yg kau kata
Setuju apa yg kau bicara


Sahabat yg s0leh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup b'kongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yg s0leh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yg soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah p'sahabatan yg telah kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan dOa yg tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yg tidak putus-putus sebagai hadiah yg tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Sahabat yg sOleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berd0alah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat s0lehmu Oleh ALLAH di Jannatul Firdaus yg abadi
Insyaallah... :)

Sahabat yg s0leh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yg Mementingkan Diri Sendiri


sincerely,
me.... ❤●•٠·˙


❤ lots of love 

No comments:

Post a Comment