Wednesday, August 17, 2011

:: SElamAt tINgGAl rAMadHan ::

assalamualaikum.. >_<





alhamdulilah..hari nie dah masuk hari ke 18 kite berpuasa..dan malam ke 19 kite bertarawikh..bermakna lagi 12hari kite nak menyambut SYAWAL.. ALLAHUAKHBAR!!! cepat nye mase berlalu.. bulan penuh rahmat bakal berakhir.. dimana-mana saja sekarang dah mule kedengaran lagu raya.. kadang-kadang rasa seronok.. yelah,dapat kumpul satu family.. balik kampung.. tapi rasa sedih lebeih menyelebungi pangkal rase nie.. bimbang ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR KU!!! kite tak twu bile ajal menjemput..




SEMALAM.. 17ramadhan..ade sejarah besar dalam islam.. dimana KITAB AL-QURAN diturunkan pde waktu itu.. kejadian nie berlaku pada sebelum TAHUN HIJRAH... wahyu pertama yg diturunkan IQRA'... BACALAH.... bukan yang disuruh baca tu sekadar baca AL-QURAN.. tapi semua ilmu ALLAH nie.. kite digalakkan membaca,mengkaji,menghayati dan mempraktikkan segala ilmu yg dibaca.. yelah..ilmu tanpa amal kan ibarat pokok yang tak berbuah..dan amal tanpa ilmu pula ibarat satu benda yang amat sia-sia... (nie la yg sye dgr mse tazkirah waktu tarawikh)..alhamdulillah..share dgn semua..

sejarah kedua berlaku pada tarikh nie berlaku pada TAHUN KEDUA HIJRAH.. PERANG BADAR... umat islam yang turun pda perang tu hanya 313 orang shaja.. namun ALHAMDULILLAH...kemenangan dipihak islam.. hebat kan para sahabat.. walau berpuasa masih mampu berjihad.. KITA??? (TEPUK DADA..TANYA IMAN).. sebelum badar bermula..KEKASIH HATI NABI MUHAMMAD S.A.W berdoa pde ALLAH..memohon bantuan.. tak silap doa nye mcm nie " YA ALLAH..ANDAI PEPERANGAN INI GAGAL..MAKA AKAN MUSNAH LAH AGAMA MU".. ALAHMDULILLAH..ALLAH mendengar rintihan kekasihNYA itu... diceritakan ALLAH menghantarkan 1000 MALAIKAT dtg membantu..

LIRIK LAGU BADAR 313 NYANYIAN MESTICA

Tak kan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Tak kan menyerah
Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah
Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan
Dan demi masa
Dan demi agama
dan demi bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Perkasalah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang


10 MALAM TERAKHIR

semua orang tahu.. ada satu kelebihan di bulan RAMADHAN.. dimana satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. LAILATUL QADAR..


Tafsir Surah al Qadar.

1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.

2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr

3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.

4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr

5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


malam LAILATUL A-QADR ni juga dikenali sebagai LAILATUL MUBARAKAH (malam penuh berkat).. Firman ALLAH yg bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”.. dan malam yg dinyatakan tu dah tentunya malam di bulan RAMADHAN..

Ayat 2 & 3-ASAL USUL SERIBU BULAN

Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah dikalahkan oleh musuhnya.

Ada pula riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu bulan.

Hikayat Sham’un

Imam Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini: Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana ppenuh dengan emas dan meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia kekuatannya? Pada malam nya, si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga mati.

Sambungan Tafsir

Sufyan as Thauri berkata, “telah disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tidak ada malam al qadr padanya.

Daripada Abi Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah, diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”

Ayat 4-Malaikat Turun Bawa Rahmat dan Berkat

Malaikat-malaikat yang dimaksudkan dala ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan penuntut ilmu.

Manakala ar Ruh pula ialah Malaikat Jibril A.S .Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara sebagaimana disebut oleh qatadah.

Ayat 5-Sejahtera hingga Subuh

Sejahtera di sini bermaksud Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara 2 jahat pada malam itu. Kata Qatadah dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya fajr(Subuh).

Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:

Dari ‘Ubay R.A, ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda.

“Ertinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah S.A.W beliau bersabda.

“Ertinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

PENUTUP

Marilah kita sama2 mencari lailatul qadar pada malam2 yang ganjil sebagaimana sabda RASULULLAH yang baksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari Ramadhan.”



No comments:

Post a Comment