Wednesday, January 4, 2012

TOlonG JANgaN CemuH nuR amaLINa cHE BakRI ::. ujian buat dia.. teladan buat kita .::

ASSALAMUALAIKUM ^_^v



"usah dikecam.. tapi harus dibimbing"
ini je kate2 yang mampu qaseh katakan tatkala melihat blog2 mengutuk..menghina pelajar cemerlang SPM 2005 (17 A1) NUR AMALINA CHE BAKRI menganai isu gambar seksi dan gagal dalam exam... secare jujurnya.. qaseh dulu sebelum SPM memang punya impian untuk dapat result SPM macam dia..


BILA MENULIS USAH DENGAN EMOSI DAN AMARAH.. TAPI PENUH HIKMAH :)

kawan2 blogger.. kita semua insan biasa.. yang punya banyak kesilapan.. tak layak kita sebagai manusia biasa untuk menilai sesama manusia.. apatah lagi menghina,mengutuk,memaki hamun,mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain.. sis amalina PERLU DIBIMBING.. BUKAN DIHINA..

LUMRAH MANUSIA..

bila telah muncul satu titik hitam dalam diri kita.. orang hanya akan nampak titik hitam tu.. tapi, segala kebaikan dan kejayaan nya orang lupa..
** APABILA SATU TOMPOK HITAM YANG TERLUKIS PADA DIRI KITA.. TAK KAN ADA SESIAPA YANG AKAN NAMPAK WARNA PUTIH YANG MELATARI TOMPOK HITAM TU.. :( **

bukan ke dulu kita semua 'angkat' sis nie.. julang sis nie.. atas kejayaan dia.. bila sedikit kesalahan yang masih boleh diperbaiki... kita cemuh dia.. tak adil kawan-kawan..



CUBA FIKIR...

andai kita dihantar ke satu tempat.. tak perlu bicara diluar negara.. cukup sekadar dalam malaysia.. tempat yang agak sosial.. mampu tak kita bertahan?? maintain macam mana kita datang mula2.. setidak-tidaknya.. pakaian kita.. percakapan kita.. akan berubah dari masa ke semasa kan?? jangan hipokrit.. cuba kamu ingat kembali..
ada yang lagi advanced dari itu.. cara hidupnya.. sama macam orang barat lagi.. kenapa tak di cemuh?? owh.. hanya kerana sis nur amalina ini public figure?? pelajar cemerlang SPM?? yang tidak mungkin atau tidak boleh melakukan kesilapan?? dan berbagai alasan kamu cipta sendiri... CUKUPLAH.. JANGAN HINA DAN CEMUH DIA.. BIMBING LA DIA..



TOLONG JANGAN..

tolong jangan disebar gambar-gambar nya.. kasihanilah dia.. fikirkan kamu ditempatnya.. apa yang kamu rasa tatkala orang membuka aib mu??
malu?? sedih?? yea.. itu semua pasti ada.. bohong la andai kamu masih mampu bersorak gembira tatkala aib mu dibuka..


SATU CONTOH..INSYAALLAH BOLEH DIIKUTI :)


SITI FATIMAH MUKHTAR... sejujurnya.. tatkala membaca kisah ukhty nie.. hati qaseh benar2 kagum dengan caranya.. jauh mana merantau.. ISLAM tetap dijunjung.. tetap diamal.. ALLAH menjaga hatinya tatkala dirantau orang.. mungkin kerana ukhty ini sentiasa menjaga ALLAH dihatinya.. ALHAMDULILLAH.. tetap istiqamah hingga kini... moga moga terus thabat dalam perjuangan dan mendapat redha Allah :)

apa yang terjadi pada sis nur amalina bagi qaseh.. ujian ALLAH buatnya kat sana.. usah la kita kecam sis amalina nie.. tak elok.. andai apa yang kita katakan terpalit pada diri kita sendiri.. baru kita nak sedar?? da terlambat kawan-kawan.. sebelum bicara.. fikirkan.. mungkin kata-kata kita akan mencalarkan hati dan perasaan orang lain..

prinsip qaseh : kalau mahu bicara tentang buruk,jahat dan kurangnya orang lain..pastikan kamu memang seorang yang sangat sempurna...

**ingatlah kawan-kawan..kita bukan RASUL yang maksum.. kita insan biasa yang penuh hina.. TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT :)

buat sis nur amalina -->> MOGA TABAH DAN CEKAL HADAPI UJIAN ALLAH INI.. USAH LEMAH DAN REBAH DENGAN CEMUHAN ORANG.. YANG BAIK DIAMBIL.. YANG BURUK USAH DENGAR.. MASIH ADA LAGI RAKYAT MALAYSIA YANG SENTIASA MENDOAKAN DAN MENGHARAPKAN YANG TERBAIK BUAT SIS.. <<-- ikhlas dari hati kecil qaseh.. :)


ASSALAMUALAIKUM... ^_^v

2 comments:

  1. sama2 kita doakan amalina supaya diberi petunjuk dari Illai..insya Allah..

    ReplyDelete
  2. insyaallah..itu sebaiknya dari menghukum atau menkeji dia..semua org pernah melakukan kesilapan.. tapi semua orang juga diberi peluang utk berubah selagi masih ade waktu.. :)

    ReplyDelete