Sunday, February 19, 2012

:: bakal suami VS suami ::



B: kenapa awak tak nak naik motor dengan saya? Bahaya tau jalan sorang-sorang.
G: mane boleh kite naik motor berdua. Haram la. Bukan muhrim.


B: tapi saya tunang awak. Bakal suami awak.
G: Sebab awak bakal suami saya lah tak boleh.

B: habis tu, sapa yang boleh? Takkan orang lain pulak yang boleh naik motor dengan awak?
G: Mesti la orang lain. Dan orang lain itu adalah suami saya.

B: Suami awak? Awak dah kawin dengan org lain ke? Kenapa saya tak tahu? Awak jangan main-mainkan saya.
G: Saya belum kawin la. Kalau awak kawin dengan saya, awaklah suami saya.
Tapi sekarang ni, gelaran awak hanyalah bakal suami saya. Belum jadi suami saya lagi.

B: oowh.. macam tu. Tapi beza sikit je kan. Tak lama lagi jadi suami jugak.
G: Beza sikit awak kata? Banyak beza nye tau. Kalau pegang tangan suami dapat pahala. Tapi kalau pegang tangan bakal suami dapat dosa. Lagipun awak boleh jamin ke yang awak memang conform akan kahwin dengan saya?

B: awak tak percaya kat saya ke? Operatelah dada, x-ray lah hati saya ni. Saya sanggup mati sebab awak tau.
G: Saya tetap tak percaya. Sebab, boleh awak cakap dengan malaikat Izrail macam ni, “nanti dulu. Bagi la aku kahwin dengan awek aku dulu. Lepas tu baru ambil nyawa aku.” Ha..macam mane? Boleh?

B: ish..mestilah tak boleh. Tapi tu lain….
G: apa yang lainnya? Jodoh dan takdir tu kan di tangan Allah. Sebab tulah saya tak boleh layan awak macam suami saya. Saya hanya boleh layan awak sebagai bakal suami sahaja.

B: susahlah awak ni. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Payah betul.
G: kalau rasa susah, cari sahajalah bakal isteri yang lain. Kita belum bernikah lagi. Awak hanya bakal suami saya.~..(x_x)..~

No comments:

Post a Comment