Thursday, July 19, 2012

ahlan wasahlan ya ramadhan :)

ASSALAMUALAIKUM :)


insyaallah malam nie kite dah mule bertarawikh... tak sabar kan rasa nya even malam nie je.. dalam hati nie berdebar-debar aje.. qaseh sendiri pown tak pasti, tahun nie ALLAH bagi qaseh kesempatan berpuasa atau tak.. atau tak sampai malam karang ALLAH da seru qaseh.. bukan meminta ajal datang, tapi kita sebagai manusia tak kan lari kematian dan memikirkan tentang kematian.. right?? 
so, qaseh nak say sorry for everything.. mane tahu sepanjang qaseh menulis, ada hati yang terluka.. qaseh insan biasa yang tak pernah lepas dari khilaf :)


okeyh.. jom buat checklist sama2.. mane tahu ade yang lupe.. ngeh2.. 
firstly, kite kena la tahu ape itu puasa.. kenapa wajib.. siapa yang kena puasa.. apa yang membatalkan puasa.. niat puasa macam mana bunyi dia.. jangan malu tanya adik-adik sekolah rendah.. malu la kalau dah nak mati, tapi still tak tahu.. nanti cucu tanya tak kan nak jawab.. ''cu, tok/nek tak tahu la cu''... hehe..


whats is fasting??
puasa tu menahan diri dari lapar dan dahaga dalam jangka masa tertentu (dari terbit fajr hingga matahari terbenam).. budak kecik cakap..'' wah, matilah kite.. satu hari tak boleh makan..''
hype, tak kan awak-awak yang dah tua bangka nak fikir macam tu.. hehe.. zaman rasulullah, siap berperang lagi..okey aje.. 


kenape kena puase??






Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

siapa yang kena puasa??
1. of  course dia seorang muslim :)
2. waras / berakal sihat..
3. baligh (cukup umur)
4. mampu (tak uzuzr)

and ade syarat sah untuk puasa nie :-
1. muslim
2. berakal (org gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz** tak sah) **masih belum kenal baik dan buruk**
3 suci dri hadas besar (haid, nifas)
4. berpuasa pada waktu yang tak haram berpuasa

rukun :-
1. berniat di malam hari 

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

**waktu niat :- bermual fajr matahari terbenam (solat maghrib) sampai la sebelum terbit fajr shiddiq (solat subuh)..

2. menahan diri dari perkare yang membatalkan puasa sepanjang tempoh tertentu..


macam mana puasa boleh terbatal??
okeyh.. jangan sesekali cube membataklan puase.. sebab alngkah ruginya kalau kite tinggalkan ibadah yang setahun sekali ini dengan suka-suka.. 
 “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

1. makan , minum , merokok **extra for smoker** dengan sengaja..
2. muntah dengan sengaja..
3. datang haid atau nifas (girls only ^_<)
4. gila (tolong jangan buat-buat gila keyh..hehe)
5. pitam @ pengsan sepanjang hari
6. murtad 
7. masukkan sesuatu dalam rongga terbuke

islam nie agame yg sangat simple, flexible pde tempatnya dan memahi :)
ade golongan yang allah beri pelepasan untuk berbuka puasa :-
1. orang yang sakit dan sakitnya tiada harapan sembuh.
2. musaffir (dalam perjalanan yang jauh)
3. orang tua yang lemah dan uzur
4. ibu hamil
5. pekerja buruh (kerja berat)

tingkatan puasa menurut imam abu hamid al - ghazali dalam kitab ihya al - 'ulumuddin terdapat 3 tingkat :-
1. shaum al - 'umum (puasa orang awam) : menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum
2. shaum al - khusus (puasa orang khusus ) : panca indera nya juge turut berpuase.. mata, telinga, mulut (perkara tak berfaedah)
3. shaum al - khawasi al - khawas (puasa orang istimewa) : hati juga turut berpuasa.. ( tak fikir sangat pasal keduniaan)

dah seharian berpuasa.. satu doa nie.. confirm semua orang tahu kan.. 
doa berbuka puasa :-

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


salam ramadhan dari qaseh ^_^v

3 comments:

  1. salam...
    de kelopak ros jatuh la...
    romantik nampk...
    NUKILAN JURUTERA blog http://bit.ly/M1USTV

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik?? ehehe.. ape pown syukran sbb sudi menjengah ke cni :)...
      sudi2 dtg lagi ye.. ^_^

      Delete
  2. salam.. already follow u ^_^.. sorry lambat respond.. tak perasan :)

    ReplyDelete